SALAM HORMAT KEPADA RAKAN2 BLOG KU
"KEREK GILEW KO"...... mesti korang pun pernah mengalami benda ni kan???
itulah yang daku hadapi sekarang.....bukan ku x memahami insan tersebut...tapi cara insan tersebut menangani masalah yang berkaitan dengan hidup dia tu macam hurmmm sedikit tidak betul....
owhhhh mesti rakan2 blog ku tertanya kan????
ceritanya begini:-
Seorang rakan menghadapi kekeliruan dan sedikit masalah komunikasi...
daku pun tidak menyalah kan rakan ku itu...adat lah berkerja dibawah satu bumbung mesti ada pasang surutnya walaupun lah kan dah berkawan sejak dari sekolah rendah hingga menengah...
tapi bila bab berkerja..daku adalah seorang yang amat professional dan tegas...tambahan lagi..kerja daku memerlukan kersempurnaan yang tahap dewa punya lah..wlpn daku jg ada melakukan kesalahan...well everybody tak sempurna....
dan disebabkan ini jugalah rakan ku ini terasa amat bengang o apa..tidaklah daku ketahui...dengan hanya tiba2 lah pulakkan dia menarik muncung yang panjang...
apabila rakan demi rakan sekerja ku menegurnya tentang masalah etika perkerjaan dan masalah komunikasi..seharusnya dia memperbetulkan nya dengan mengambil catatan atau reminder untuk diri sendiri sebelum ditegur oleh pihak atasan...
tetapi keran sikap sambil lewanya lah menyebabkan keadaan aku dan dia mempunyai masalah...
senang ceritalah rakan ku ini hanyalah memegang jawatan sebagai receptionist...sepatutnya lah...scope of work dia hanyalah menjawab telefon dan membuat kerja sambilan menolong mengurus kan sedikit perihal syarikat.
dan disinilah masalah bermula...rakan ku ini selalu mengadu kepenatan...dan ini bagi ku hanyalah perkara biasa...penat dengan kerja??? daku lagi penat kerana daku berkerja sebagai juru ukur bahan..yang memerlukan ku berkerja luar dari batas waktu...dan sementara rakan ku ini pulak hanya berkerja dari pukul 8 sampai 5.30 petang.. itu pun berkerja di pejabat.....disini menyebabkan aku tertanya...banyak sgtkah kerja sebagai receptionist???? dan aku mulai mencari jwpan nya....ternyata...tugasnya tidak memerlukan banyak tenaga fizikal dan mental..hanya key in surat keluar masuk dan jawab telefon... dan ketika ini aku sudah berkecil hati!
ok kejadian pertama sudah pun berlalu...aku tinggalkannya begitu sahaja tanpa berbalah dengan nya...tetapi lama kelamaan rakan ku ini makin menujuk sikap besar kepala nya....
kejadian kedua....apabila telefon berdering...sepatutnya sebagai receptionist...anda dah tahu apa yang perlu dilakukan....jawab telefon dan tanya nama si penelefon dan no telefonnya kalo ada maklumat penting yang perlu di ambil tahu... tapi rakan ku ini..memang "SANGAT PANDAI"....
sudah lah tidak menanyakan maklumat lengkap tentang si penelefon...malahan dari syarikat mana si penelefon ni pun kami tak dapat trace... bila kali pertama di tegur..sepatutnya rakan ku ini sudah tahu apa yang dia harus lakukan untuk seterusnya....ini tidak....berkali-kali melakukan kesalahan sehingga rakan sekerja ku yang lain naik jemu untuk menegur sikapnya....
Dan tiba lah hari ini..tanggal 10/10/2012....
telefon berbunyi...dan menjadi kewajiban dia menjawab telefon tersebut...tetapi dia tidak tahu arah tuju si pemanggil...dia mula intercom daku...
Yer!! daku akui yang daku teramat lah sibuk pada ketika itu...dan daku hanya bertanya kan kenapa dia intercom ke tempat daku... selepas daku bertanya serba sedikit...daku hanya menawarkan untuk menjawab panggilan tersebut...dan didalam perbualan tersebut dia tidak mengariskan perkataan..".kembalikan talian tersebut jika daku mengetahui kemana arah tujuan nya.."
Beberapa lama kemudian..setelah daku transfer kan talian tersebut... rakan ku ini intercom daku semula dan memarahi daku... "KENAPA TIDAK TRANSFER BALIK PANGGILAN TUH TADI".
owhhhh..ikut logik akal lah pulak...berapa lama lagi orang ditalian itu perlu menunggu setelah di passing ke banyak talian... dan sudah tertentu syarikat tersebut memikirkan betapa tidak cekap perkerja-perkerja di company ini dalam urusan hal dalaman....
Setelah ku selidik..barulah ku ketahui...yang rakan ku ini telah dimarahi oleh HOD nya kerana mengikut suka2 ati mem passing line telefon...
Dan sekarang dia menyalah kan daku 100%..... itu tidak apalah...daku x terasa sedikit pun... kejadian yang seterusnya ini menyebabkan daku terasa dan tersinggung...malahan terasa malu.
sudah lah rakan ku ini tarik muka masam macam tertelan cuka tapi tolong lah berkelakuan seperti anda ini berkerja....
bila anda marah seseorg mungkin anda tidak akn meminta barangan pada org tersebut betul x?
tapi rakan ku ini pelik....sudah lah meminta...kemudian nya meminta dengan nada yang tinggi....perlukah itu??? itu tidak mengapalah....bila sudah pinjam pulang lah kembali....ini tidak..perlu org lain itu ingatkannya...sudah lah begitu...dibalingkannya sahaja...aduhaiii...sikap apakah yang rakan ku cuba tonjolkan ini... kemudian dia berlalu pergi..dan tetiba dia cuba menanyakan sesuatu...ohhhh..sudah lah pakai perkataan yang kurang ajar...menjeling lagi....perlu ke sampai begitu...sehingga budak yang bawah nya setahun perlu menegur kelakuan nya.... kalo daku berada ditempatnya.. daku akan merasa malu.!!!....
tamatlah cerita tentang rakan sekerjaku ini..
Perlukah berkelakuan begini.....bagi daku..tidak perlu sama sekali....kerja adalah kerja...kena marah itu adalah kewajiban...kalo tak nak kena marah...buat kerja itu sebaik mungkin....
sila lah ambik iktibar dari kejadian ini wahai rakan2 blogku...daku tidak mengharapkan anda begini...
kepada insan yang baru hendak memulakan kerja...fahami scope of work anda...tidak pandai tidak mengapa...senior2 akan mengajar anda tapi jangan BODOH SOMBONG....hormat org lain supaya org lain akan hormat anda..tidak kiralah anda ini tua or muda..dalam perkerjaan tidak ada batas umo....
SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENZIARAHI DAN MENDENGAR LUAHAN HATI DAKU...WASSALAM.